IKAN JENAHAK (golden snaper)

Ikan jenahak atau golden snapper memang sudah biasa di kalangan rakyat Malaysia. Jenahak yang juga dikenali lutjanidae terdapat dalam pelbagai spesis tapi yang aku nak tekankan dalam bab ini ialah golden snaper atau jenahak tanda. 
Jenahak juga dikenali sebagai ikan tetanda semasa junior dan dikenali dengan jenahak apabila ikan telah dewasa. Ikan ini dikenali tetanda kerana terdapat satu tanda hitam yang jelas semasa ikan ini masih junior dan tanda hitam itu semakin pudar dan hilang apabila ikan semakin dewasa. Warna ikan jenahak juga berbeza mengikut arus dan kawasan habitat. 
tanda hitam jelas pada jenahak junior


Bagi ikan jenahak yang hidup di habitat karang, warna jenahak leih terang merah dan kuning keemasan. Bagi jenahak yang tinggal kawasan lumpur warna merah dan kuning kabur serta kurang warna keemasan. Ada juga jenahak yang dipelihara dalam kolam berwarna kehijauan. Ikan ini memang menjadi buruan kaki pancing serta nelayan kerana harga yang mahal. Biasanya pelbagai umpan yang digunakan oleh kaki pancing seperti umpan anak ikan, sotong cumit dan kurita. Umpan yang digunakan juga pelbagai mengikut habitat dan umpan  yang paling baik ialah sotong cumit hidup dan sotong kurita.

tanda hitam agak pudar dan hampir tiada pada jenahak dewasa

1 ulasan:

KERAPU GARIS BIRU (Bluelined Grouper)

  Kerapu garis biru atau Cephalopholis Formosa bukanlah asing dalam kalangan ikan diperairan negara kita. Habitat dikawasan karang yang ...